Chocolate Cake

Chocolate Cake

Monday, 25 April 2011

BUN SOSEJ

Menjadi tanggungjawab ibu bapa menjaga pemakanan anak-anak agar sajian yang
dihidangkan mampu memberikan kesihatan yang seimbang.Jika anak-anak tidak mahu menjamah
nasi atau mi yang sememangnya menjadi sumber karbohidrat,apa kata kita hidangkan roti.
Dengan menggunakan kreativiti,kita boleh mempelbagaikan hidangan roti untuk dinikmati oleh
anak-anak.Cubalah resepi ini...

BUN SOSEJ

Bahan-bahan:
459gm tepung roti
46gm margerin
6gm garam
7gm pelembut roti
9 gm susu tepung
1 biji telur 6gm yis kering
184ml air sejuk

Bahan inti:
10 batang sosej
10gm sayur campur
Mayonis & sos cili untuk hiasan

Cara membuatnya:
-Campur semua bahan-bahan dalam mesin penguli kecuali margerin.
-Uli adunan hingga menjadi doh.Kemudian masukkan margerin dan uli hingga sebati.
-Bahagikan doh tadi kepada bahagian yang lebih kecil iaitu 70gm setiap bahagian.
-Biarkan seketika doh tersebut selama 30 minit.
-Bentukkan doh dengan sosej dan taburkan sedikit sayur campur.
-Biarkan doh menjadi kembang.
-Akhir sekali paipkan sos cili & mayonis ke atas roti.
-Bakar pada suhu 210C selama 25 minit
-Sedia untuk dihidangkan.

Muffin

Hm...Kalau sudah terasa jemu dengan hidangan kek,apa kata kita buat muffin pula.
Lebih kecil dan lebih cantik jika kita kreatif mempelbagaikan hiasannya.Sebenarnya
tidak banyak perbezaan antara muffin dan kek.Cumanya mufin dihasilkan lebih kecil dan
hiasannya lebih menarik.Cubalah...

MUFFIN PRUN

Bahan-bahannya:
300gm tepung gandum
2 sudu besar serbuk penaik
105gm gula kastor
50gm buah prun (tanpa biji)
15gm kismis
2 biji telur
105gm mentega cair
210ml susu UHT
3/4 sudu besar esen vanila

Bahan Aising
250gm mentega
1/2 cawan susu segar
1 cawan gula aising
1/4 cawan prun (kisar)

Cara Menyediakan
-Satukan mentega,telur,gula dan esen vanila.Putar hingga gebu.
-Masukkan tepung sikit demi sedikit.Putar hingga sebati.
-Masukkan kismis dan prun.Gaul sebati menggunakan senduk kayu.
-Tuangkan adunan ke dalam mangkuk kertas.Bakar pada suhu 180C
 selama 25 minit.Setelah sejuk,hiaskan dengan aising prun.
Caranya putar mentega dan gula hingga lembut.Masukkan susu segar sedikit demi
 sedikit.Kemudian masukkan prun kisar yang telah dimasak terlebih dahulu.


-.

Thursday, 10 March 2011

Kek Coklat

Hari ni cuti...boring gak tak tau nak buat buat apa.
Ingat petang ni nak buat kek la.Saja la..Anak -anak pun
request nak makan kek.Buat kek coklat aje la..Hm...mudah aje..
cuba la resepi ni..

KEK COKLAT LEMBAP

Bahan-bahan:
190gm mentega
300gm gula halus
4 biji telur
1/2 sudu besar esen vanila
210gm tepung gandum
50gm koko
1/4 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu besar baking powder
250gm air

Cara menyediakan:
-Pukul mentega dan gula halus hingga kembang
-Masukkan telur satu per satu dan vanila.Pukul lagi
-Masukkan tepung,koko,soda bikarbonat dan baking powder
 yang telah diayak ke dalam adunan.
-Kemudian masukkan air berselang-seli dengan bahan yang diayak tadi.
 Kacau sebati
-Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C.


First time membuat blog

Hmm..pening gak.first time nk cuba ni