Menjadi tanggungjawab ibu bapa menjaga pemakanan anak-anak agar sajian yang
dihidangkan mampu memberikan kesihatan yang seimbang.Jika anak-anak tidak mahu menjamah
nasi atau mi yang sememangnya menjadi sumber karbohidrat,apa kata kita hidangkan roti.
Dengan menggunakan kreativiti,kita boleh mempelbagaikan hidangan roti untuk dinikmati oleh
anak-anak.Cubalah resepi ini...
BUN SOSEJ
Bahan-bahan:
459gm tepung roti
46gm margerin
6gm garam
7gm pelembut roti
9 gm susu tepung
1 biji telur 6gm yis kering
184ml air sejuk
Bahan inti:
10 batang sosej
10gm sayur campur
Mayonis & sos cili untuk hiasan
Cara membuatnya:
-Campur semua bahan-bahan dalam mesin penguli kecuali margerin.
-Uli adunan hingga menjadi doh.Kemudian masukkan margerin dan uli hingga sebati.
-Bahagikan doh tadi kepada bahagian yang lebih kecil iaitu 70gm setiap bahagian.
-Biarkan seketika doh tersebut selama 30 minit.
-Bentukkan doh dengan sosej dan taburkan sedikit sayur campur.
-Biarkan doh menjadi kembang.
-Akhir sekali paipkan sos cili & mayonis ke atas roti.
-Bakar pada suhu 210C selama 25 minit
-Sedia untuk dihidangkan.

No comments:
Post a Comment